Friday, August 17, 2018

HATI KINI MATI (PART 1- PROSES PERKENALAN DENGAN DIA)

Hai, kalian. Haih, aku nak cerita pun rasa tak seronok sangat. Ni soal hati, hati yang kini telah mati. Lelaki yang aku sayang dah berpaling dari aku :') tahlah, kisah kami memang macam drama, kejap okay kejap gaduh. Biasalah, hubungan tanpa redha Allah banyak dugaannya. Aku sedar benda tu.

Aku ingat lagi kali pertama aku bertegur dengan dia. Dalam dewan kuliah, dia duduk di baris belakang aku. Duduk sekali dengan member laki sekelas dengan aku. Masatu dia tegur, saja mengusik minta makanan yang aku bawa dalam DK, aku memang tak suka layan lelaki yang mengacau macam tu, jadi aku buat bodoh jelah. 

Tapi dia minta lagi makanan tu, aku geram lepastu bagi terus kat dia sambil jeling. Dia ketawa, aku tahu niatnya mahu bergurau tapi aku tak pernah kenal dia, rasa tak selesa. Habis kuliah dia sempat minta maaf, aku pun okay je la. Nak dipendekkan cerita, kami bertegur kadang2 dlm DK, and ada suatu hari dia DM aku di Ig, minta no aku, katanya ada urgent matter. Aku pun bagilah, pelik juga kenapa tak DM terus je. Rupanya dia ade nak tegur aurat aku, aku ni takdelah baik sangat, bukan sekolah agama tapi bab pakaian aku jaga bebetul ikut syariah, cuma kekurangan aku masatu aku tak pakai handsock, jadi lengan baju kurung yang licin mudah terselak. Aku malu juga dengan teguran tu, tapi aku bersyukur at least ada yang care.

Aku bukannya tak pernah pakai tapi aku punya kulit sensitif, tambah bila panas and berpeluh, bahagian handsock yang agak melekap akan buatkan kulit aku naik ruam, bukan biasa2 tapi teruk jugak, aku rasa maybe sebab aku memang ade eczema, so thats why kan.

Malam hari yang dia tegur tu, kami ade makan malam beradab di kolej matrik kami. Masatu aku terpandang dia yang baru jalan masuk ke dewan dengan member sekelas aku. Aku senyum lalu tunduk dengan cepat, aku memang akan segan sesangat dengan lelaki yang baru kenal. Kalau member sekelas je aku okay sebab hari hari ade je kerja grup, tapi itupun masih takut pandang direct mata mereka.

Tak lama lepas tu, aku dapat whatsapp dari dia, dia puji aku, cantik katanya. Aku taktaulah nak percaya atau ape, mungkin saja nak ambil hati. Tapi aku balas je la cakap thankyou pastu yang aku suka dia ni sebab dia nampak macam budak baik. Pergi kelas pun bersongkok. Pastu dia bila nampak perempuan memang akan tundukkan pandangan, kalau pandang pun sebab terpandang. Haih sejuk hati aku hahahahaha. 

Habis majlis, aku sempat bergambar dengan dia. Malam tu juga kami whatsapp panjang, biasalah sebab besoknya hari sabtu, takde kelas hahaha. Pastu kami sebenarnya jarang contact, kalau whatsapp pun just sebab dia reply story aku macam tu la. Then after sebulan ke bila tah, tetiba dia bagi ayat kiasan macam nak cakap yang dia suka aku. Pastu aku suruh jela dia jujur tapi dia kata dia pun tak pasti dengan perasaan dia, dia suruh aku tunggu habis sem 2, lolllll sem 1 pun tak habis lagi masatu. lama tu

Lepastu kita orang mcm buat biasa je, padahal masa tu aku pun dah rasa macam aku sukakan dia :') lepastu masa berjalan macam biasa, then dia ada reply story aku bila aku post gambar dengan member laki, dia jealous hahaha, lol. then kita orang cemana tah boleh confess feeling cakap yang aku minat dia, dia pun minat aku. tapi tulah, minat dia tu minat je la, minat aku ni aku dah sayang tau tak. beza kannnn?

Masa study week lagilah haih, kita orang decide untuk tak contact, contact bila perlu sebab tahu ikhtilat tu kena jaga kan. Then macam mana tah, aku dengan dia jadi okay balik. lepas habis sem 1 tu, masa cuti hari2 duk whatsapp, jadi makin rapat, aku jadi makin sayang dia tanpa tahu yang dia ade satu rahsia dengan aku :')

Sambungan kat Part 2 tau korang, thanks baca!

Wednesday, July 4, 2018

It's Me

Hi everyone. It's Me! Yes, Me! i think it is enough for you to know me without knowing my real name because I am the real khayalan ever. Like, I'm always be a 'khayalan' in almost everybody's life at the end. Sad, isn't it? but it is the truth. Actually, it is not that bad because from there you will know who actually will stay through thick and thin (Smileeee)

But, let me tell you something la, I am 19 y/o yeahhhh, siapa sebaya? Hehehehehe.

I just finished my one-year-programme of matriculation in one of matriculation college in Malaysia. Try guess kat mana hewhew. So basically dekat matrik banyak pengalaman suka duka, tapi kat situ jugak la aku belajar erti kehidupan, erti sahabat, erti jatuh, erti jangan mengalah, erti pengorbanan, erti berdikari, erti homesick (homesick teruk weh sumpahhhhhhhh) dan aku belajar erti cinta :')

But guys, cinta memang indah, tapi awal awal je la. Aku tak bercinta lama mana pun. Nak menyesal pun tak guna, cuma aku dapat belajar beberapa perkara yang bermanfaat untuk diri aku sendiri. Senang kata, aku bersyukur Allah bagi rasa nikmat tu, dan aku bersyukur Allah tarik nikmat tu. nanti la aku story, sedih pula nak cerita sekarang hahahahahahahaha (cover sedih lol)

So tu je intro aku hehe, oh ye, korang boleh panggil aku Nisaa

Not my real name pun. Jauh panggang dari api weh nama aku tapi aku suka nama Nisaa ni sebab maksud dia wanita. Hehehehe, panggil je la Nisaa, haduhh jangan banyak songeh okay!

Spread love and Imaan, Assalamualaikum <3